Isnin

Kuala Gandah


Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Taman Negara, Pahang, Malaysia. Kuala Gandah menjadi tarikan pelancong kerana adanya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Ketua Unit Gajah pusat itu, Nasharuddin Othman menyatakan kebanyakan pelancong asing datang dari Australia, United Kingdom, New Zealand, Jepun dan Jerman. Pelancong berpeluang menunggang, memberi makan dan memandikan gajah di sungai.


Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah berdekatan dengan Hutan Simpanan Hidupan Liar Krau. Jabatan Hidupan Liar dan dan Taman Negara menubuhkan pusat itu pada 1985. Terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah berumur 70 tahun bernama Mek Bunga dan Lokimala.

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout, atau pemandu gajah.

Pelawat yang berani dan menginginkan pengalaman yang berlainan pula berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada tempat lain di mana anda boleh mendekati haiwan mamalia yang besar ini seperti ini.

Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya.

Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dalam harmoni.

Jumaat

Tasik Cini

Tasik Chini

Lokasi
Pahang Tengah


Primary outflows Sungai Chini
Negara terlibat Malaysia

Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.
Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.

Legenda

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). [1]Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba Khmer yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.[2]
Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.

Kemudahan asas

Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan RM7.5 juta bagi membina chalet, jeti baru dan bengkel kraftangan dengan standard antarabangsa.
Pelbagai homestay di Kampung Salong dekat Tasik Chini melibatkan kos RM500,000 akan dibangunkan dengan kerjasama masyarakat orang Asli tempatan. Program ini dapat meningkatkan pendapatan mereka .
Pasukan pemantau Tasik Chini telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Datuk Maznah Mazlan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Pahang Datuk Hoh Khai Mun.

 

Penyelidikan

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia (kini Perdana Menteri Malaysia) dan berasal dari Pahang telah meletakkan batu asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang diselenggarakan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Januari 2008.
Jabatan Alam Sekitar Pahang mendapati kualiti air ialah pada indeks 2, iaitu masih sesuai untuk mandi-manda dan minum. Cuma keindahan tasik dan bunga-bungaan tidak seindah dan seceria dahulu.
Teratai yang mati dan pupus dijangka kembali menjadi tarikan pelancong menjelang 2009.[3]

Gambar


 

 

Teluk Cempedak; pantai putih berseri.


Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.
Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak.Antara kemudahan yang disediakan ialah :



  •  Menara tinjau
  • Restoran dan gerai-gerai
  • Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
  • Surau
  • Bilik mandi / tandas
  • Tembok pinggir pantai
  • Pentas
  • Hotel
  • Tempat letak kereta yang luas.
  •  Menara tinjau
  • Restoran dan gerai-gerai
  • Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
  • Surau
  • Bilik mandi / tandas
  • Tembok pinggir pantai
  • Pentas
  • Hotel
  • Tempat letak kereta yang luas.

    Taman Negara(Hutan Hujan)

    Taman Negara Malaysia

    Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².
    Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.
    Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
    Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia.

    Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

    Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
    Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

    Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.


    Lihat juga

    Pautan luar


      Negeri Pahang

      Pahang (Jawi: ڨهڠ) adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan (lihat peta):
      • Kelantan di utara;
      • Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat;
      • Johor di selatan; dan
      • Terengganu dan Laut China Selatan di timur.
      "Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".

      Isi kandungan