Jumaat

Tasik Cini

Tasik Chini

Lokasi
Pahang Tengah


Primary outflows Sungai Chini
Negara terlibat Malaysia

Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.
Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.

Legenda

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). [1]Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba Khmer yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.[2]
Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.

Kemudahan asas

Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan RM7.5 juta bagi membina chalet, jeti baru dan bengkel kraftangan dengan standard antarabangsa.
Pelbagai homestay di Kampung Salong dekat Tasik Chini melibatkan kos RM500,000 akan dibangunkan dengan kerjasama masyarakat orang Asli tempatan. Program ini dapat meningkatkan pendapatan mereka .
Pasukan pemantau Tasik Chini telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Datuk Maznah Mazlan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Pahang Datuk Hoh Khai Mun.

 

Penyelidikan

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia (kini Perdana Menteri Malaysia) dan berasal dari Pahang telah meletakkan batu asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang diselenggarakan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Januari 2008.
Jabatan Alam Sekitar Pahang mendapati kualiti air ialah pada indeks 2, iaitu masih sesuai untuk mandi-manda dan minum. Cuma keindahan tasik dan bunga-bungaan tidak seindah dan seceria dahulu.
Teratai yang mati dan pupus dijangka kembali menjadi tarikan pelancong menjelang 2009.[3]

Gambar


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan